Friday, January 30, 2009

'E-jariah.Net'

Beri Sekali terima banyak kali dengan E-Jariah.Net!!Klik disini untuk memulakannya!!

Thursday, September 11, 2008

SET INDUKSI

video

Wednesday, September 10, 2008

ADAB TERHADAP IBU BAPA






















KESIMPULAN



video




video


Saturday, September 6, 2008

ADAB TERHADAP IBU BAPA
OBJEKTIF PELAJARAN
  • Menyatakan konsep keibubapaan.
  • Menerangkan sebab-sebab anak wajib berbakti kepada ibu bapa.
  • Menjelaskan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.
  • Menyenaraikan adab terhadap ibu bapa.
  • Menghuraikan cara berbakti kepada ibu bapa.
  • Menghuraikan kesan baik berbakti kepada ibu bapa.
  • Menerangkan akibat yang diterima oleh anak derhaka.
  • Merumuskan hasil tamadun yang terdapat dalam pelajaran ini.

KONSEP KEIBUBAPAAN

  • Ibubapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak
  • Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa
  • Pengorbanan ibu bapa amat besar sebab itu setiap anak wajib taat dan berbakti kepada mereka

SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

  • Amalan tersebut adalah tuntutan agama.
  • Untuk membalas jasa baik mereka .
  • Supaya anak-anak kita nanti akan berbakti kepada kita.
  • Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan.



TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

  • Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
  • Merendah diri dan menghormati mereka.
  • Berbakti kepada mereka bila-bila masa.
  • Berdoa dan memohon ampun kepada mereka.
  • Berbuat baik kepada rakan mereka.

ADAB PERCAKAPAN DENGAN IBU BAPA

  • Bercakap dengan suara yang lemah lembut .
  • Tidak meninggikan suara.
  • Tidak membantah dan melawan.
  • Memandang tepat ke arah muka ketika bercakap.
  • Menggunkan perkataan yang baik dan tidak menyinggung perasaan mereka.
  • Tidak berbohong ketika bercakap.

ADAB PERGAULAN DENGAN IBU BAPA

  • Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka.
  • Memberi hormat semasa bertemu dengan mereka.
  • Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur.
  • Tidak mendahului mereka ketika menjamah makanan.
  • Jangan melunjur kaki ke arah mereka ketika duduk.

CARA BERBAKTI SEMASA IBU BAPA MASIH HIDUP

  • Memberi layanan yang baik.
  • Merawat ketika mereka sakit.
  • Memberi bantuan kewangan.
  • Menziarahi mereka jika tinggal berjauhan.
  • Sentiasa mengasihi mereka.
  • Menjaga keperluan mereka supaya dapat merasai aman dan bahagia.
  • Sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan mereka.


CARA BERBAKTI SETELAH IBU BAPA MENINGGAL DUNIA

  • Sentiasa memohon keampunan untuk mereka.
  • Menjelaskan segala hutang mereka.
  • Memuliakan dan berbuat baik dengan teman karib mereka.
  • Menyempurnakan segala janji yang telah dibuat mereka.
  • Mengerjkan haji buat mereka yang belum sempat mengerjakannya.

KESAN BERBUAT BAIK TERHADAP IBU BAPA

  • Akan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat.
  • Dipermudahkan segala urusan oleh Allah.
  • Mendapat ganjaran pahala.
  • Disayangi oleh keluarga.
  • Hidup mendapat keberkatan.
  • Melahirkan individu yang mentaati perintah Allah.

AKIBAT MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA

  • Akan mendapat balasan azab neraka.
  • Segala amal kebajikan menjadi sia-sia.
  • Dibenci dan dipandang hina oleh orang ramai.
  • Allah menyegerakan balasan di dunia di samping mendapat balasan azab di akhirat.
  • Sering mendapat kepayahan dan kesusahan dalam hidup.
  • Jauh dari berkat dan rahmat Allah.
  • Meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Friday, September 5, 2008

JADILAH ANAK SOLEH

video

JADILAH ANAK SOLEH

video

;;
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template